Sunday, January 7, 2018

Zikir dan Dhia

Assalamualaikum..

Harapanku cerita ini dapat memberikan pengajaran dan nilai2 murni yang dicari pada masa kini.

Hidupku berkembang selaras dengan kedewasaan ku.
Aku tahu betapa banyak kesalahan yang telah aku lakukan.
Aku tahu banyaknya khilaf dan silapku terhadap dirimu.
Bolehkah kau memaafkan?
Sedangkan aku sering melukakan

Friday, November 11, 2016

Mencari ilham dan idea

Assalamualaikum..

Sedang mencari ilham sambil melihat bintang.
Dibumi utara..

Ini sekadar luahan...
Kenapa dia berkata dia menyukai tetapi sedangkan dia mempunyai.
Apa2 pun hati kita hanyalah milik Allah S.W.T

Kenapa dia kata aku "demand" sedangkan aku pun menyukai sederhana..
Hmm..entahlah..
Kadang2 tak faham apa yang difahami oleh manusia..

Tetapi hidup banyak mengajar aku tentang erti sebuah persahabatan. Walaupun aku banyak melakukan kesalahan.  Maafkanlah aku.

Saturday, March 19, 2011

Bab 2...NOVELKU

Nadia terjaga dari tidur..
“Kenapa perkara itu lagi yang singgah difikiran..”Nadia bertanya dalam hati..Nadia memandang kearah Farah yang sedang nyenyak tidur.
Perlahan-lahan Nadia menarik selimut dan turun dari katil..

Nadia melangkah ke pintu bilik air..bunyi pintu bilik air ditutup membuatkan Farah terjaga..

“Ish..Nadia ni..Tutup pintu tu biarlah perlahan..Terkejut orang tau..”gumam Farah dalam hati..Tiba-tiba pintu bilik air terkuak kembali..Farah pura-pura tidur..

Nadia berjalan kearah meja yang berdekatan..
Farah melihat Nadia sedang mengeluarkan sesuatu..Apa tu??”Farah berfikir sesuatu.. “Bukan itu ke kotak yang Nadia keluarkan masa hari pertama dia ada kat sini..
Farah melihat kotak itu dengan teliti kerana Nadia berada sedikit jauh daripada katil..Dia sedang duduk termenung sambil memegang koyak tu..

“Betul lah..Itu kotak yang hari itu..Dia tak kasi orang tengok dan pegang pun..”Farah melihat Nadia mengeluarkan seutas rantai berbentuk hati..Ada dua bentuk hati..
“Wah!!!Cantiknya..”Farah berkata perlahan namun Nadia hampir mendengarnya..Nadia memandang kearah Farah..Farah berpura-pura tidur..

Nadia memalingkan mukanya semula apabila melihat Farah masih tidur..
“Uish..Nasib baik..Nadia tak perasan..Tapi…rantai tu siapa yang kasi??”Farah berkata dalam hati..

Nadia hanya memegang kotak itu sambil termenung..Banyak persoaalan yang timbul dalam benaknya..
“Kenapa Ruzai tak pernah menghubunginya??” “Adakah Ruzai masih ragu dan memarahinya lagi..” “Adakah Ruzai mahukan perpisahan antara mereka??”Nadia membiarkan persoalan itu..Dia memandang ke arah rantai yang berada ditangannya..Dia masih ingat lagi…Itulah hadiah daripada Ruzai pada malam itu..Malam itu memang banyak memberi kenangan indah dan juga……pahit

Dia masih ingat lagi lagu tu..Lagu Nadia dan Ruzai..Itulah yang kawan-kawan mereka katakan..
Nadia tersenyum..Dia tersangat rindukan waktu itu..Tanpa disedari air mata jernih mengalir dipipinya..

Farah hanya melihat Nadia yang sedang tersenyum..
“Eeh..Nadia ni..Gila ke?Menakutkan jerr..”Farah berkata dalam hati seraya itu dia tersenyum..Dia tergelak kecil..
Nadia mendengarnya tapi buat tidak tahu..

Nadia mendekati Farah yang berada di katil..Farah tidak menyedarinya..
“Hah!!!Buat apa ni..”Nadia menyergah Farah..Membuatkan Farah melompat terkejut..
“Nadia!!!!Kenapa terkejutkan aku…”kata Farah separuh menjerit..Nadia menekup mulut Farah lalu berkata “Shuh…Diam sikit..Nanti Fatin dengan Fiqah dengar karang…”
Farah mendiamkan diri apabila menyedari Nadia memarahinya..

Nadia melepaskan tangannya..
“Kenapa tak tidur lagi??”Nadia bertanya..Lalu duduk dikatil bersebelahan Farah..
“Hmm..Aku terbangun..Kau ni tutup pintu bilik air slowlah sikit..Ni macam nak semua orang bangun je pagi-pagi buta..”kata Farah bernada bergurau..
“Yalah tu..telinga kau yang sensitif sangat…”kata Nadia..

“Nadia..”Farah memanggil Nadia untuk menarik perhatiannya..
“Ya..”Nadia memandang Farah dengan pandangan yang tidak mengerti..

“Apa yang berlaku..”Farah bertanya..Nadia buat-buat tak tahu walaupun hatinya mula bergetar..
“Cuba ceritakan kepada aku..Nadia..Aku langsung tak tahu apa yang berlaku kepada korang dulu..Kenapa perlu rahsiakanya..”kata Farah..
“Semuanya berlaku dengan begitu cepat..Aku dah sia-siakan cinta dia dulu..Pasti kau tahu siapa orangnya kan..”kata Nadia..Farah menganggukkan kepalanya..

“Tapi..aku menyesal sebab telah tersalah anggap perbuatannya..semuanya salah aku sebab tidak mendengar penjelasannya..”Kata Nadia..Air matanya gugur jua…
“Nadia..walauapapun yang berlaku pasti ada hikmahnya..”kata Farah menenangkan kawannya itu..Mereka berpelukan..

“Terima kasih Farah..Emm,aku ada sesuatu untuk kau..”kata Nadia sambil menyerahkan sesuatu..
“Apa ni??”kata Farah sambil membelek kotak yang diberikan oleh Nadia…

“Bukalah dulu..”kata Nadia.. “Boleh ke??”kata Farah ragu-ragu..Nadia mengangguk
“Wah!!Nadia apa ni..Cantiknya Jam tangan ni..”Kata Farah setelah selesai membuka balutan kotak itu…
“Eeemm..Ni hadiah aku pada kau lagipun hari jadi kau kan..hari isnin ni..”kata Nadia membuatkan Farah tersenyum melebar..

“Ingat juga hari jadi aku ya..”Ingatkan dah lupa..”kata Farah perlahan..
“Laa..jangan nangis..lagipun esok hari Isnin baru hari jadi kau kan..”kata Nadia mengusik Fara..
Fara tersenyum..

“Okey,esok kita pergi raikan nak??”kata Nadia kepada Fara..
“Emm..boleh tapi kat mana?”kata Fara..
“Kat rumah aku tu lah”kata Nadia membuatkan kening Fara bertaut..

“Dah siap renovate ke..”kata Fara pelik “Kata lagi dua minggu..”kata Fara lagi.. “Hehe..Sebenarnyaa dah siap dua hari lepas cuma saja aku taknak korang pindah cepat-cepat..Yalah aku nak tunggu hari jadi kau..biar tempat tu jadi surprise sikit..”kata Nadia selamba.

“Tapi kau dah beritahu aku jadi tak surprise dah la..”kata Fara lalu memuncungkan bibirnya..
“Hahahaa..aku nak kau tengok dulu..Sebagai hadiah aku nak bagi sebuah bilik untuk kau..”Kata-kata Nadia membuatkan Fara terperanjat.
Kau biar betul Nadia..Nanti Fiqah dan Fatin marah macamana..Aku taknak sebab aku korang bergaduh..”kata Fara lalu melihat Nadia..

“Tak adanya..aku dah faham perangai diaorang macamana..Nanti kau jangan terkejut kalau diaorang nak belikan sebuah rumah untuk kau..”Kata Nadia berlawak..
Fara hanya tersenyum..
“Aku sayang kau Nadia..”kata Fara lalu memeluk Nadia..
“Nadia..janji dengan aku..esok bagi surprise tau..”kata Fara..
“Okey..”Nadia tersenyum..


Nadia bangun dari tidurnya..Hari ni pasti menarik”Nadia berbisik dalam hati..Nadia melihat Fara masih terlena..
“Hei..Dia ni kalau tidur mesti tidur mati..”Nadia ketawa dalam hati..
“Fara..Bangun..Kalau tidak tinggal..”kata Nadia..Fara menggerakkan tangannya…

Nadia melangkah untuk bersiap..

“Selamat pagi Nadia..”Fatin tersenyum kearahnya..
“Selamat pagi..Wah!!Sedapnya..”kata Nadia lalu mengambil pinggan..
“Makanan yang kau makan semua sedap Nadia..”kata Fiqah menyakat..Fatin ketawa melihat Nadia..Nadia memang kuat makan tapi yang menghairankan badannya tak pernah gemuk…Bertuah Nadia

“Eh..Mana Fara??”soal Fatin.. “Tadi dah bangun masa aku keluar tapi tak tahulah kalau dia sambung tidur balik..”kata Nadia..
Fara yang baru keluar dari bilik terdengar perbualan mereka..

“Amboi..amboi..mengutuk aku ya..”kata Fara..Mereka hanya tersengih..
“Fatin..Fiqah kejap lagi ikut aku taw..”kata Nadia kepada mereka berdua..
“Nak pergi mana??”kata Fiqah.. “Adalah..”kata Nadia selamba.. “Ehem..Ingat tak hari ni hari apa?”Nadia bertanya..

“Hari Isnin la apa lagi..”kata Fatin selamba..Fara cuma tunduk..

Tiba-tiba Fiqah teringat hari ni hari apa…

“Fara..Sorry aku terlupa hari ni hari jadi kau..Sorry sangat2..”kata Fiqah separuh merayu..Fara cuma tersenyum..Fatin terkedu..

Namun dia berkata “Aku tak kisah tapi nasib baik kau ingat kalau tak mesti aku dah merajuk sekarang ni..”kata Fara bergurau..
Fatin mendekati Fara…Dia hampir menangis apabila Fara berkata begitu..Kawan jenis apa dia ni boleh lupa hari jadi kawan sendiri..

“Fara..maafkan aku..”Fatin berkata kepada Fara seraya memeluknya..
“Hei..Takde apa-apalah aku ni tak kisah lagipun korang ni kan kawan aku..”kata Farah membuatkan mereka lega..

“Eemm..okeylah aku nak keluar sekejap ni..nak pergi tengk rumah aku sekejap..Jom Fatin..Fiqah kita pergi tengok”kata Nadia..
“Habis Fara takkan nak tinggal sorang-sorang..”kata Fiqah perlahan..
“Takpe lagipun kalau dia nak surprise dia kena tinggal kat sini..”kata Nadia disambut dengan gelak ketawa mereka..

“Takpe ke Fara kalau kau tinggal sorang-sorang..”Fatin bertanya..
“Okay saja..”kata Fara menyedapkan hati mereka..

“Kitaorang pergi dulu tau..”kata Nadia melangkah keluar..
Fara keseorangan.. “Hmmm..Nak buat apa ya?”gumam Fara.. “Haa..telefon ibu..”Fara mendial nombor dengan perasaan berbaur.. “Macamana lah keadaan mereka di sana..”
Dia menunggu panggilan dijawab..

Tiba-tiba.. “Hello..Assalamualaikum..Siapa ni??”Fara mendengar suara itu dicorong telefon…Dah lama tak mendengarnya..
“Walaikumussalam..Ibu..Ni Fara..”kata Fara perlahan..Dia menangis disitu..Rindunya telah pun terubat..


Nadia memberhentikan keretanya dihadapan pagar yang tinggi..

“Nadia..betul ke ni rumah kau..”Fiqah berkata tidak percaya..Nadia hanya tersenyum..
“Lepas ni tak tidur sama-sama lagi..”kata Fatin membuatkan mereka ketawa kecil..
“Alhamdulillah..dapat juga kita rumah nak berteduh tau..”kata Nadia mengingatkan mereka..

“Kita nak buat hari jadi Fara kat sini..”kata Nadia disambut dengan persetujuan mereka..
“Jomlah..kita masuk..Nanti ada tetamu istimewa datang..”kata Nadia…Mereka mengangkat kening..Nadia ketawa kecil.. “Masuk dulu nanti aku beritahu..”
Mereka menurut langkah Nadia yang sudah membuka pagar..


Setelah Nadia membuka pintu hadapan..Mereka bertiga terpegun…

Dapur yang berada ditingkat bawah sangat besar..Ternampak ruang tamu yang besar sedang menanti…Bilik-bilik yang banyak…Mereka terpegun melihat isi rumah itu…
Mereka juga mendapati rumah itu terdapat taman bunga…Garaj..Semuanya lengkap..

“Wah!!!Nadia besarnya rumah ni..Rasa macam tak patut jer tinggal kat sini..”kata Fiqah..Macam dalam istana jerr…
Nadia hanya mendiamkan diri..Dia pun rasa macam bermimpi..

Tiba-tiba Nadia ketawa kecil..
“Kenapa kau ni Nadia??”kata Fiqah dan Fatin hampir serentak..
“Tak adalah..Masa kecil aku ada datang sini..Teringat jer perkara manis..”kata Nadia..

“Oooo..ye ke..”kata Fatin mengerti..
“Jomlah kita tengok macamana rumah ni..Lepas ni aku keluar sekejap nak beli barang untuk memasak..Korang bersihkan sikit-sikit..Aku nak belikan hadiah untuk Fara..”kata Nadia kepada mereka..

“Okay..”mereka menyetujui rancangan Nadia
“Bila tetamu yang kau katakan tu sampai??”Fatin bertanya.. “Hmm..Kejap lagi sampai la tu..”kata Nadia..

Tiba-tiba mereka terdengar bunyi loceng berdeting..
Nadia melangkah untuk membuka pintu..Dia melihat Siddiq berdiri membelakanginya..

Nadia memberi salam.. “Assalamualaikum..”Siddiq berpaling untuk menjawab salam… “Walaikumussalam..”
“Ha..Dah sampai pun..Kitaorang baru bercerita pasal kau..”kata Nadia ceria..
“Mengumpat aku ya..”kata Siddiq lalu melangkah masuk ke dalam..

Dia melihat sekeliling rumah yang besar tu..Satu perkataan terpacul dari mulutnya..

“Woww..”Siddiq terpegun melihat isi rumah tu…Nadia hanya tersenyum..
“Kat sini kita nak buat majlis doa dengan hari jadi Fara..”kata Nadia kepada Siddiq
“Jomlah..kita naik..Dua orang yang nak belasah kau ada kat atas..”kata-kata Nadia membuatkan Siddiq ketawa kecil..Tak habis-habis dengan usikannya..”bisik Siddiq dalam hati..

Mereka meniti tangga untuk keatas..
Siddiq melihat Fatin dan Fiqah sedang berbual..Mereka masih tidak menyedarinya..

“Okay..girls inilah tetamu kita yang istimewa tu..”kata Nadia membuatkan Fatin dan Fiqah mealingkan kepala untuk melihat siapakah gerangan orang tu..
“Siddiq!!!!Wah..apa khabar??”kata Fatin yang keseronokan melihat kawan baiknya dulu..Tak ketinggalan Fiqah juga gembira dengan situasi itu..
“Aku baik saja..”kata Siddiq ringkas… Dia teringatkan kenangan dulu..

“Jomlah duduk..Mesti penat nak cari rumah ni kan..”Fatin berkata lalu mempersilakan Siddiq duduk..
“Tak adalah..Nadia dah tunjukkan rumah ni dah..”kata Siddiq..

“Nadia..Kau memang rancang benda ni..Kenapa tak beritahu??”kata Fiqah..Nadia hanya ketawa kecil..
“Surprise..”kata Nadia membuatkan Fatin dan Siddiq ketawa geli hati melihat kemuncungan Fiqah..

“Tapi ni baru sikit..Malam ni korang mesti terkejut gler..”kata Nadia kepada mereka..

“Ada apa?”Siddiq bertanya kepada Fiqah perlahan.. “Adala tu..Kau macam tak tahu dia suka buat orang terkejut..”kata-kata Fiqah membuatkan Siddiq dan Fatin ketawa..
“Kenapa..”Nadia bertanya.. “Tak ada apa-apa..”kata Fiqah selamba “Tak aci”Nadia pula memuncungkan mulut…
Akhirnya mereka ketawa gelihati apabila mengenang perangai mereka macam kanak-kanak..Dah boleh jadi ibu dan bapa..Itu yang selalu dikatakan oleh mak dan ayah mereka..

“Sudah lama kan..”kata Siddiq tiba-tiba.. “Yalah..kita membawa haluan masing-masing..”kata Siddiq kepada mereka..
“Memang pun..Rasa macam hubungan kita makin renggang pula..”kata Nadia perlahan..
“Eishh..Mana ada..Macam kawan kita ni sebelum pergi luar Negara dah ikat dengan pertunangan dah..”kata Fiqah mengusik Fatin..

“Pandaila..Kalau tak nanti habis Naif tu lari karang..”kata Nadia membuatkan Fatin tersipu malu..
“Tahniah kat korang berdua ya..”kata Siddiq kepada Fatin kerana dia tidak sempat melihat majlis itu..

“Haah…Mana kau pergi masa itu ya??”Nadia bertanya..Mereka semua langsung tak tahu apa yang terjadi pada Siddiq masa tu..
Siddiq hanya berdiam diri tapi tak lama kemudian dia berkata perlahan“Aku membawa hati yang terluka masa tu..”Fatin,Fiqah dan Nadia memandang penuh musykil..

Nadia kemudiannya duduk di tepi Siddiq untuk bertanya..
“Apa yang jadi Siddiq..Ceritakanlah…”kata Nadia kepada Siddiq..Dia tahu sesuatu telah terjadi kepada Siddiq dan Aimi..Cuma dia taknak serkap jarang..
“Aku dan Aimi dah bergaduh besar petang sebelum pertunangan itu..”kata Siddiq..
Mereka menanti penuh sabar bicara dari Siddiq yang seterusnya..

“Dia kata aku lelaki yang tak sedar diri..Aku terluka..Aku tahu dia tak pernah suka kat aku..Tapi tak sangka dia begitu marah sebab aku cakap pada depan orang ramai yang aku yang menyebabkan dia kehilangan orang yang dicintai..Aku betul-betul tak sangka…”kata Siddiq dengan penuh perasaan..Mereka terkejut mendengar kenyataan dari Siddiq..
“Tak patut Aimi buat macam tu..Aku pun tak sangka dia boleh melukakan hati kau dengan begitu ke..”kata-kata Fiqah dipotong Siddiq..
“Tak..Dia tak kejam..Sebenarnya salah aku jugak..Aku dah tahu dia suka orang lain tapi aku tetap mengharap pada dia..Aku ingat ada peluang..”kata Siddiq panjang lebar

“Bersabarlah Siddiq..Mungkin ada perempuan yang lebih baik daripada Aimi yang diciptakan untuk kau..”Kata Nadia yang diam dari tadi..
“Entahlah..tapi aku anggap ini sebagai takdir..Lagipun aku dah maafkan dia..”kata Siddiq perlahan..Hatinya terluka mengenang peristiwa itu..

Fatin,Fiqah dan Nadia yang berada disitu juga dapat merasa kesengsaraan Siddiq..

“Okay..Okay kita kat sini bukan nak sedih tapi nak gembira..Lagipun kalau Fara tau mesti dia tak suka..”kata Fatin..
“Betul..Betul dia tu bukan boleh tengok orang sedih tapi tengok orang marah adalah..”kata Nadia disambut dengan ketawa kecil Fatin dan Fiqah..
“Mmm..boleh aku tahu siapa Fara??”Siddiq bertanya..
“Haah..kau tak kenal kitaorang terlupa pulak..Tapi tak apa malam ni kau boleh kenal dia..Dahlah jom kita start mulakan misi kita..Okay?”kata Nadia bersemangat..

“Okay!!!”Mereka memulakan kerja dengan penuh rasa gembira..

^_^_^_^_^_^_^_^_^_^

Tuesday, February 15, 2011

..Cerita Bab 2..

Novel..untuk bab 2 akan dipostkan seminggu lagi..sila habiskan membaca bab 1 ya!!

p/s:jgn tak baca pulak

Sunday, February 13, 2011

Novel

Pada suatu petang yang nyaman dan dingin..

“Nadia,cuti semester ni kau nak pergi ke mana..”Kata Fatin kepada Nadia.
“Eemm..aku tak tahulah..lagipun kita bukannya tahu tempat ni..Sesat nanti baru tahu”kata Nadia kepada Fatin..Fatin memuncungkan bibirnya..

“Ala…Nadia jomlah kita bersiar-siar sikit,bosanlah duduk kat apartmen jerr..”kata Farah memujuk..
“Okey..tapi ada satu syarat kalau korang nak aku ikut..”kata Nadia kepada mereka…
“Apa syaratnya”kata Fiqah malas. “Korang kena belikan aku cappuccino..hahaha”kata Nadia diselangi dengan ketawa kecil.

“Amboi..amboi,kitaorang yang kena belikan..Tapi maknanya kau setujulah nak keluar dengan kitaorang ni..”kata Farah gembira..Jarang Nadia nak bersetuju…
“Ya Allah..tadikan aku dah cakap..”kata Nadia tidak sempat habis apabila Fatin,Fiqah dan Farah menjerit gembira.
“Ni kalau aku takde kereta korang mesti tak ajak aku kan..”kata Nadia kepada mereka.. .
“Eh..takdelah mana boleh kitaorang lupakan kawan baik kitaorang.”Kata Farah kepada Nadia…

“Farah..Fatin..Fiqah apa perasaan korang setelah hampir 3 minggu kita kat Canada ni..Dua tahun kat Malaysia macam sekejap jerr..”kata Nadia kepada kawan baiknya itu..
“Emm..tak boleh nak bayangkan apa perasaan kitaorang..Ada rasa rindu,gembira,sampai ada rasa tak yakin nak tinggal kat sini pun ada..Rasa nak balik Malaysia sekarang ni pun ada tau..”kata Fatin kepada mereka bertiga..

“Aku pun rindu jugak kat…”kata-kata Nadia terhenti apabila melihat Farah,Fiqah dan Fatin tersenyum.. Eii…dahlah malas aku nak cakap dengan korang ni,bila cakap benda jiwang sikit je fikir lain”kata Nadia diselangi dengan gelak ketawa Farah,Fiqah dan Fatin..
“Aku cuma rindu pada dia dan keluarga aku..”kata Nadia perlahan
“Nadia janganlah marah… kitaorang saja nak menghidupkan suasana yang sedih kepada gembira..Jangan marah ya Nadia sayang..”kata Fatin memahami perasaan Nadia..Fiqah dan Farah hanya mengangkat bahu tidak mengerti.. “Siapa “dia” yang disebut oleh Nadia??”
“Dahlah nak pergi mandi..naik melekit badan ni..”kata Nadia berlalu pergi.. “Jangan marah Nadia….nanti kitaorang belikan cappuccino ya..”kata-kata Farah disambut oleh Nadia dengan jeritan kesukaan..

“Hei..apalah kawan kita yang seorang tu..”kata Fatin kepada Farah dan Fiqah.. “Fatin,kau tak rindu kat keluarga ke??”Betul kata Nadia dulu yang kita pasti rindu kat keluarga kita”kata Fiqah yang teringat pada ketika mereka mengambil keputusan untuk ke luar negara bersama..

“Cepat betul masa berlalu..Tak sangka aku kita akan melanjutkan pelajaran kat sini..”kata Farah..
“Samalah dengan aku..tak sangka akan berada jauh dari keluarga”kata Fatin pula..
“Dahlah..baik kita bersiap sebelum Nadia marah sebab kita yang beria-ria ajak keluar tapi kita yang tak siap lagi..”kata Farah.. “Haah..baik kita siap sebelum dibebelkan..”kata Fatin disambut dengan gelak ketawa Farah dan Fiqah..


Mereka bersiar-siar dikawasan sekitar rumah mereka..

“Nadia kau nak pergi mana-mana tak?”kata Farah tiba-tiba.
“Eeemm…kita pergi beli barang untuk memasak lepas tu pergi beli…Capuccino”kata-kata Nadia yang terakhir menyebabkan Fatin,Fiqah dan Farah ketawa
“Korang nak pergi mana-mana tak??” Nadia bertanya pula

“Eemm..takde kot..pusing-pusinglah dulu..”kata Farah lagi. “Eemm..boleh tak kita singgah kat kedai buku semalam..”kata Fiqah…
“Boleh,apa salahnya”kata-kata Nadia menyedapkan hati Fiqah
“Nadia..bila aku terdengar kau nak pergi beli makanan tadi teringat pula aku yang kita ni orang Islam..Ada kedai makanan halal ke..Selama ni aku pun tak tahu kau beli kat mana makanan kita kat rumah ..”kata Farah.
“Ooo..hahahaa,aku dapat makanan tu kat restoran Islam kat sini..aku tanyalah ada jual makanan yang belum dimasak ke..mereka kata ada..dan sebab itulah aku selalu beli kat situ bagi korang makan..nanti aku tunjukkan okay.Senang…nanti bukannya aku sorang je yang kena pergi beli..”kata Nadia panjang lebar..

“Eleh..cakaplah malas..”kata Fatin
Beberapa minit kemudian mereka telah sampai ke tempat yang dituju..
“Hah..dah aku malas nak gaduh dengan korang ni yang tak pernah habis..”kata Nadia lalu keluar dari kereta..
“Yalah-yalah..aku nak berhenti gaduhlah ni..”kata Farah dan Fatin hampir serentak..Fiqah menyiku tangan Farah..Mereka keluar dari kereta apabila ternampak Nadia bercekak pinggang di depan kereta sambil memandang mereka…Mereka tergelak melihat pandangan Nadia..

“Jom..korang ni kalau selagi aku tak marah selagi tu lah nak gaduh..”kata Nadia kepada mereka..
“Ala..Nadia jangan marah..Jomlah kita masuk..”kata Farah menjernihkan keadaan..

Mereka memasuki restoran itu..

“Wahh..Nadia cantiknya tempat ini..macamana kitaorang boleh tak jumpa tempat ni ya..”kata Farah kagum..
“Kalau korang nak tahu sebenarnya…aku dapat cari restoran ni dari internet..”kata Nadia lagi..
“Oooo..patutlah..”kata Fiqah mengerti..Dunia siber sekarang
“Korang lapar tak??”kata Nadia tiba-tiba “Lapar jugak..Kenapa? nak belanja kitaorang ke..”kata Fatin menduga..
Nadia menggangukkan kelapanya.. “Yay..Nadia belanja..”Farah menjerit kegembiraan.. “Farah..senyap sikit..”kata Fatin dan Fiqah hampir serentak..
“Ooops..sorry”kata Farah..

Mereka mencari tempat yang jauh daripada orang ramai..

“Wahh..Nadia,ramai juga orang Malaysia dalam ni..”kata Fatin gembira.. “Macam ada kat Malaysia kan…”kata Nadia kepada mereka..
“Betul tu..”kata Fatin dan Farah hampir serentak.. “Jom order makanan..Fiqah sekejap lagi baru kita pergi beli semua barang yang kita nak ya..”kata Nadia kepada Fiqah
“Tak ada masalah..Cuma aku nak cakap kita makan dulu..!!”kata-kata Fiqah diselangi dengan gelak ketawa Farah,Fatin dan Nadia..

Selesai mereka memesan makanan..Tiba-tiba Fiqah berkata sesuatu..

“Nadia..yang kau sedih kat rumah tadi pasal Ruzai ya..”kata-kata Fiqah mengejutkan Nadia.. “Eeemm..Fiqah Jom kita pergi tengok sekeliling sekejap..”kata Fatin lalu menarik tangan Fiqah..Namun langkah mereka terhenti apabila Nadia menyuruh mereka duduk..

“Eemm….memang aku teringatkan dia..Aku tersangat rindukan dia..”kata Nadia perlahan “Nadia..bersabarlah segala yang terjadi pasti ada hikmatnya..”kata Fatin menenangkan Nadia.
“Nadia..perpisahan terjadi tak kira bila dan dimana.Jadi kita harus bersabar”kata Fiqah memberi semangat
“Aku tahu apa yang kau buat dulu…kau dah salah faham tapi kau dah minta maaf kat Ruzai… Dia menghilangkan diri macam tu saja tanpa apa-apa berita..Nadia”kata Fatin panjang-lebar..
“Eeemm..excuse me..may I serve this food ..”mereka terkejut tidak menyedari pelayan itu dan terus membenarkan pelayan itu menghidangkan makanan..
“Ok.. thank you ..”kata mereka hampir serentak..setelah pelayan itu beredar…

Fatin berkata sesuatu
“Okay.. firstly I want to tell you guys that we must keep our memories in the past in our heart and never forget it..secondly I want us to eat this food with happiness not with sadness,,okay”kata Fatin membuatkan mereka ketawa..

“Amboi..sejak kawan kita ni kat negeri orang inggeris… dah pandai speaking dah”kata Fiqah menyakat Fatin..
“Eeemm..betul tu,sehari tak cakap bahasa inggeris tak sahkan Fiqah..”kata Farah mengusik Fatin juga..
“Ha..dah mulala ni..”kata Nadia serius..
“Ala…Nadia jangan marah ya..”kata Farah membuatkan mereka ketawa.. “Hah..makan tu jangan lupa baca bismillah..kita orang Islam,okay”kata Nadia kepada mereka bertiga..
“Baiklah..Miss Nadia”mereka tergelak geli hati melihat muka Nadia..

Selepas menghabiskan makanan mereka beredar menuju ke destinasi lain..

“Nadia..lepas ni kita pergi mana?”Fiqah bertanya setelah mereka masuk ke dalam kereta..
“Kita pergi kedai buku dulu lepas tu beli barang tapi kena cepatlah sebab nak dekat Zuhur dah ni”kata Nadia kepada mereka..
“Okey…”mereka menyetujui kata-kata Nadia..

Mereka berhenti di depan kedai buku yang selalu mereka kunjungi..

“Okey..dah sampai..”kata Nadia kepada mereka..Nadia meletakkan kereta dia berdekatan kedai itu..
Mereka memasuki kedai buku itu..Fiqah segera pergi ke tempat buku yang dia kehendaki..
Nadia mencari buku tentang perubatan..Fatin dan Farah pergi ke tempat buku rujukan ditempatkan..

“Hmmm..Hello, are you Nadia??”kata Lelaki itu..Nadia memandang lelaki itu yang berkot tebal..Cuaca sejuk sekarang ni..
“Hmm..Do I know you?”Nadia bertanya kembali kepada lelaki itu..lelaki itu ketawa..
“You don’t remember me!! How could you..”kata Lelaki itu dalam nada bergurau… “Are you kidding ?”kata Nadia pelik..
“Hei..Nadia ni akulah Siddiq…”kata lelaki itu yang tiba-tiba membuatkan Nadia terkejut..
“What!!! Siddiq..Oh my god,Lainnya muka kau makin hensem…Yalah dah dua tahun kita tak jumpa mestilah dah berubah…What are you doing here..Berbulan madu ke..hehe..”kata-kata Nadia disambut dengan gelak ketawa Siddiq..

“Hahahhahaha..kau ni kelakar la..Aku belum salam Tok Kadi lagi tau..”kata Siddiq ketawa.
“Habis kau dengan Aimi macamana??”kata Nadia penuh tanda tanya.. “Hmm..sebelum aku datang sini..”kata-kata Siddiq terhenti apabila terlihat Fatin dan Fiqah
“Eh..Fatin dan Fiqah pun ada??Eh siapa lagi sorang tu tak kenal pun…”kata Siddiq terkejut..Ayunya.. “Itu Farah”
“Yes..diaorang datang kesini dengan aku..Aku ambil course yang berasingan..aku dengan Fiqah ambil jurusan perubatan..Fatin dan Farah ambil law..”kata Nadia panjang lebar.. “Aku ke sini sebab sambung belajar jugak.. jurusan engineer kat Universiti Toronto…baru je datang sini minggu lepas..”kata Siddiq..

“Datang kedai buku beli buku perubatan tapi kata ambil engineer..”kata Nadia memandang kearah buku yang dipegang Siddiq..
“Ada kawan minta..”kata Siddiq pendek..
“Nak aku panggilkan diaorang..”kata Nadia dipotong oleh Siddiq..
“Emm..tak payahlah nanti kalau ada masa kita jumpa nanti..

“Nampaknya kita boleh jadi kawan lepas ni…sebab..”kata Nadia tersenyum..
“Sebab apa???”kata Siddiq perlahan.. “Sebabnya aku pun belajar kat Universiti Toronto tau..”kata-kata Nadia membuatkan Siddiq terperanjat..
“Semuanya telah ditakdirkan..”kata Siddiq perlahan “Hah..apa Siddiq tak dengarlah?”kata Nadia..

“Ooo..tak ada apa-apa..aku nak cakap sorang-sorang pun tak boleh..”kata Siddiq.. “Kau jangan Siddiq aku dah seram sejuk dengar kau cakap macam tu..”kata Nadia membuatkan Siddiq ketawa.. “Kau ni apalah aku cuma rasa terkejut boleh terjumpa kau kat sini je..Okeylah,sebenarnya ada kawan yang tunggu aku ni..jadi aku balik dululah”kata Siddiq
“Siapa??La..ingatkan bila dah lama tak jumpa ni..nak borak-borak lama sikit..”kata Nadia perlahan
“Aku borak dengan kau nanti..ya sebab aku ada kerja nak buat ni..Nah ambil nombor aku ni..kirim salam kat Fiqah,Fatin dan Farah..tak dapat nak jumpa diaorang sekarang ni..Nanti aku call kalau ada masa untuk berjumpa..okay”kata Siddiq mengucapkan selamat tinggal lalu berlalu pergi..

Siddiq masuk kedalam kereta yang diparkingnya berhampiran kedai buku itu..

“Sorry lambat..”kata Siddiq perlahan.. “Kau ni dari dulu lagi tak berubahkan..”kata lelaki..
“Mana adalah..tapi aku pasti kau akan terkejut apabila dengar aku punya story ni..”kata Siddiq yakin..
“Pasal apa??”kata lelaki ini bertanya
“Pasal kisah kau dulu..”kata Siddiq perlahan..Lelaki ini terkejut lalu memandang Siddiq yang ingin menyerahkan buku yang dia pinta tadi..

“Takpe Siddiq nanti aku taulah macamana nak korek apa yang terjadi dengan antara kau dengan Aimi..”Nadia berkata perlahan..
“Hei..Nadia apa cakap sorang-sorang ni..”Fatin,Fiqah dan Farah menegur Nadia.. “Korang ni kan buat terkejut akulah”kata Nadia.. “Fatin..Farah..Fiqah nanti aku beritahu siapa yang aku jumpa tapi kena balik dulu ,okay..”kata Nadia perlahan..

“Hmm..yalah..Jom bayar”kata Farah dan mereka ketawa apabila mendengar kata-kata Nadia kemudiannya.. {Nadia memang pandai ambil hati}

Mereka sampai dirumah selepas asar..

“Nadia,Fatin aku mandi dulu tau..”kata Farah kepada mereka.
“Okey..tapi jangan lama sangat aku pula nak mandi..”kata Fatin kepada Farah
“Ala..aku bukannya nak…”kata-kata Farah terhenti apabila Nadia menunding jari ke arah bilik air.. Sebelum Farah berlalu sempat dia menjelirkan lidah kearah Fatin tanda tidak puas hati..

“Hei..macam budak-budak betul tau korang ni..”kata Nadia mengeluh..
“Kenapa..ada apa-apa yang mengganggu kau ke..”kata Fatin dan Fiqah tiba-tiba membuatkan Nadia tersentak..
“Hmm..kau memang dapat baca fikiran aku bila aku ada masalahkan..”kata Nadia..
“Tapi aku sebenarnya tak ada masalah..Kalau kau nak tahu tadi aku jumpa..”kata-kata Nadia dipotong oleh Fatin..
“Siapa??!!!”kata Fatin separuh menjerit.. “Haah siapa Nadia..baik kau cakap..”kata Fiqah separuh menjerit seperti Fatin..

“Syyhh..korang ni..Aku nak berahsia pun tak boleh..Aku jumpa…….Siddiq!!”kata-kata Nadia membuatkan Fatin menjerit kegembiraan..
“Bila kau jumpa dia??”Fatin bertanya.. “Aku jumpa dia tadi..kat bookshop..Hheehe sorry tak panggil korang..”kata Nadia sambil tersengih..

“Apa?? Aku dah lama tak jumpa dia..Dia macamana sekarang aku pun nak tahu..Dah dua tahun kitaorang tak jumpa taw..”kata Fiqah sedikit merajuk..
Farah yang baru keluar dari bilik air bertanya kenapa Fatin dan Fiqah yang monyok semacam.. “Kenapa dengan korang ni..”kata Farah kepada Fatin dan Fiqah..
“Aku tengah sakit hati dengan Nadia ni..Boleh jumpa kawan lama tak bagitahu aku dengan Fiqah..”kata Fatin mengeluh.. “Betul tu..”kata Fiqah mengiakan kata-kata Fatin..

“Nanti aku ceritakanlah lagipun dia kata taknak jumpa korang lagi nak buat surprise sikit..”kata Nadia…
“Oooo..ya ke..”kata Fatin dan Fiqah dalam nada yang sudah berubah..
“Okaylah aku mandi dulu..nanti cerita taw pasal Siddiq ni..”kata Fatin lagi sambil berlalu pergi ke bilik air manakala Fiqah pergi ke dapur untuk membuat air...Bilik air yang cuma ada satu membuatkan mereka terpaksa beralah..takpelah asalkan ada tempat nak berteduh

“Farah..kenapa kau terdiam..”kata Nadia yang perasan Farah cuma memandang mereka tadi tanpa menyampuk..pelik tu..
“Eemm..aku bukannya kawan sangat dengan korang dulukan..”kata Farah kedengaran sedih..
“Hei..tak adalah..bagi kitaorang kau tetap kawan kitaorang..Dan kawan yang kitaorang katakan ni pun kawan kau”kata Nadia memujuk..
tidak sanggup melihat Farah berasa sedih..mereka ada kelebihan tersendiri..
Farah pandai memujuk mereka..sebab tu dia tak kisah kalau bergaduh dengan Fatin dan Fiqah selalu..

“Nadia nanti kenalkan aku dengan kawan kau ni ya..Apa nama dia?”kata Farah perlahan “Boleh apa salahnya..nama dia Siddiq..Kenapa suka ke..”kata Nadia..
“Nak suka apanya..belum tengok muka pun..”kata Farah sedikit kuat..
“Uish..jangan marah..”Kata Nadia.. “Opps..sorry”Farah meminta maaf..Nadia ketawa kecil..

Fiqah menghampiri mereka dengan membawa dulang yang terdapat empat buah cawan dan sejug air..

“Wah!!Terima kasih Fiqah..kaulah kawan sejati aku..”kata Farah kepada Fiqah.. “Ala..pandailah nak membodek orang..”kata Fiqah lalu meletakkan dulang itu diatas meja kecil yang mereka beli..

“Eeemm..aku nak tukar baju dulu..okey?”kata Nadia kepada mereka. “Okey”kata mereka hampir serentak.

Nadia berlalu kearah bilik tidur yang dikongsi bersama Fatin..Oleh kerana apartment mereka cuma ada dua buah bilik menyebabkan mereka terpaksa berkongsi..
Sebenarnya mereka patut duduk di rumah yang disediakan oleh mak Nadia di situ tetapi rumah itu masih dalam pengubahsuaian..Mungkin mereka akan berpindah pada cuti semester ni..

Nadia mengambil telefon yang dia letakkan di tepi katil..
Dia menekan punat telefon dengan berhati-hati…Telefon berbunyi menandakan ia masih mendail..
Tiba-tiba ada satu suara yang kedengaran di hujung telefon..

“Hmm..Hello..Assalamualaikum,May I speak to Siddiq..”Nadia berkata perlahan..
“Yes..This is Siddiq..Do I know you?”kata Siddiq..
“This is me..Nadia”kata Nadia kepada Siddiq.. “La..kau rupanya ingatkan siapa…tiba-tiba jerr call ni..kenapa?”kata Siddiq hairan..

“Tadi kau nak tahu Fatin marah sebab kau tak jumpa dia tau..Itulah taknak jumpa sekejap..Dia kata nanti kalau jumpa kau lagi siaplah kau!!..Hahahahaha”kata Nadia lalu ketawa..
“Hehehehe..dia tu tak berubah dari dulu sampai sekarang kan..”kata Siddiq.. “Eeemm..kenapa telefon aku tiba-tiba ni..mesti ada apa-apa kan..”kata Siddiq curiga..

“Mestilah..Sebenarnya aku nak kita buat satu majlis surprise untuk Fatin,Fiqah dan Farah..kan kau tak sempat jumpa dengan diaorang masa hari kita berjumpa..Jadi aku nak tanya kau ada masa lapang bila?Cause kitaorang punya cuti semester dah bermula..”kata Nadia panjang lebar..

“Eeemm..This Monday..how do you think??”kata Siddiq perlahan..
“Hmmm..Okay jugak..Eemm..okla nanti aku call lagi sebab diaorang dah panggil..nanti terbongkar pula..hahahaha”kata Nadia lalu ketawa kecil..
“Okay..aku tak lupa”kata Siddiq lagi..
“Assalamualaikum..”Nadia mengakhiri perbualan.. “Walaikumussalam..”Siddiq membalas..

“Hei..Nadia!!Apa yang kau buat kat sini sorang2..”tegur Farah.. “Hah..Tak ada apa-apalah”kata Nadia sedikit terkejut dengan kedatangan Farah..
“Nadia..kita minum petang..Jom!!”kata Farah ceria..

# # # # # # #

My new novel for my new blog

Coming soon..my first novel will be in this blog..